Pages

Friday, October 5, 2012

Majlis Sambut Hari Kebangsaan



Dewan Negara China mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-63 penubuhan Republik Rakyat China di Dewan Besar Rakyat.

Pemimpin China dan 1,200 orang tokoh dari dalam dan luar negara menghadiri majlis tersebut.

Perdana Menteri, Wen Jiabao ketika menyampaikan ucapan berkata, sejak ditubuhkan, negara ini mengalami perubahan yang agak besar, khususnya selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan. Ekonomi China tumbuh dengan pesat, taraf hidup rakyat meningkat dengan ketara, kekuatan bersepadu serta pengaruh China di arena antarabangsa turut meningkat.

Menurutnya, China akan terus mengekalkan dasar luar yang berkecuali dan damai, memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, serta memberikan sumbangan bagi mewujudkan dunia yang damai, makmur dan harmoni.

Tegasnya lagi, Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China bakal diadakan. China akan terus mengekalkan dasar pembangunan sosialisme yang bercirikan China.




http://malay.cri.cn/601/2012/09/30/27s134782.htm

No comments:

Post a Comment