Pages

Friday, December 16, 2011

Keanggotaan China dalam WTO Menguntungkan Dunia


Forum Peringkat Tinggi sempena Ulang Tahun Ke-10 Keanggotaan China dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) diadakan di Beijing semalam. Presiden China, Hu Jintao dalam ucapannya pada forum tersebut mengatakan, keanggotaan China dalam WTO memberikan keuntungan kepada rakyat China dan dunia.

Beliau berkata, dalam tempoh 10 tahun yang lalu, China menyediakan bantuan sebanyak RMB 170 bilion, dan mengecualikan hutang berjumlah RMB 30 bilion kepada 50 negara miskin dan negara yang paling ketinggalan. Selain itu, China turut melatih lebih 60 ribu modal insan untuk 173 negara membangun dan 13 pertubuhan antarabangsa serantau.

Peserta forum turut memuji sumbangan China kepada WTO.


Setiausaha Agung Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB, Supachai Panitchpakdi berkata, Keanggotaan China dalam WTO memberikan perubahan kepada China, dunia dan sistem perdagangan pelbagai hala. China mempunyai banyak pengalaman berkaitan masalah yang dihadapi oleh negara membangun yang lain.


Timbalan Pengarah Urusan IMF, Shinohara Naoyuki turut berkata, keanggotaan China dalam WTO menguntungkan banyak pihak termasuk syarikat asing yang memindahkan kilang pembuatan ke China.

Timbalan Presiden Bank Dunia, Otaviano Canuto meramalkan ekonomi China akan terus berkembang pesat, dan menjadi entiti ekonomi yang terbesar di dunia pada tahun 2030.



http://malay.cri.cn/601/2011/12/12/242s126673.htm

No comments:

Post a Comment