Pages

Friday, June 24, 2011

Hujan Lebat Lumpuh Sistem Lalu Lintas Beijiing


Hujan lebat luar biasa selama empat jam yang melanda Beijing petang semalam, hampir melumpuhkan sistem lalu lintas di seluruh bandar raya dan mengakibatkan perjalanan keretapi bawah tanah tergendala pada waktu puncak.


Seramai 7,000 polis trafik dikerah untuk mengawal lalu lintas dan melancarkan pergerakan kenderaan yang terhalang di jalan-jalan yang ditenggelami air.


Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing turut tergendala akibat hujan lebat tersebut. Sehingga pukul 6.00 petang semalam, 66 penerbangan tertangguh lebih satu jam, dengan 95 lagi dibatalkan.
Sistem lalu lintas di bandar raya tersebut dilaporkan pulih kembali selepas hujan lebat berhenti awal pagi tadi.

No comments:

Post a Comment