Pages

Saturday, August 16, 2014

YOG Ke-2 Dirasmikan di Nanjing China


Sukan Olimpik Belia (YOG) kedua dirasmikan Presiden China, Xi Jinping di Pusat Olimpik Nanjing malam ini.


Kira-kira 3,700 atlet dari seluruh dunia akan bertanding dalam 28 acara temasya sukan yang berlangsung selama 12 ini.


Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berharap YOG ini dapat menarik lebih ramai belia menyertai aktiviti sukan dan menjalani kehidupan mengikut konsep Olimpik.





http://malay.cri.cn/601/2014/08/16/101s151136.htm

Monday, August 11, 2014

Kembara "Temui Pesona Asia--Budaya Gansu yang Berwarna-warni" Dirasmikan


Kembara pertukaran budaya antarabangsa multimedia "Temui Pesona Asia--Budaya Gansu yang Berwarna-warni" dirasmikan di Lanzhou, ibu kota provinsi Gansu China semalam. Kembara yang temanya selaras dengan konsep "Koridor ekonomi Jalan Sutera" yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping akan membuka masa depan yang cerah pelbagai bandar di sepanjang Jalan Sutera purba. Sebagai kawasan yang penting dalam Jalan Sutera purba itu, provinsi Gansu akan menarik tumpuan dunia.


Kembara anjuran bersama oleh Radio Antarabangsa China(CRI), Radio Televisyen Gansu dan China.Net menarik penyertaan media perdana dari pelbagai negara termasuk China, Turki, Singapura dan Republik Korea. Dalam majlis perasmian, Presiden CRI, Wang Gengnian menyatakan harapan agar kembara kali ini dapat menggalakkan pertukaran media dan bermanfaat bagi pembangunan koridor ekonomi Jalan Sutera.



http://malay.cri.cn/601/2014/08/06/102s150955.htm

Wednesday, August 6, 2014

China Beri Lima Cadangan Penyelesaian Konflik Israel-Palestin


Menteri Luar China, Wang Yi memberi lima cadangan tentang penyelesaian konflik Israel-Palestin dalam sidang akhbar setelah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Shukri semalam.

Pertama, Israel-Palestin perlu merealisasikan gencatan senjata termasuk serangan udara dan tindakan ketenteraan darat berdasarkan perlindungan keselamatan rakyat dan keamanan serantau.

Kedua, China menyokong cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Mesir.

Ketiga, punca konflik kedua-dua pihak ialah masalah mengenai kedudukan Palestin yang tidak dapat diselesaikan secara adil dan rasional. China sentiasa menyokong tuntutan rasional rakyat Palestin untuk menubuhkan negaranya sendiri. Pelbagai pihak Israel dan Palestin perlu mengadakan rundingan semula dengan secepat mungkin.

Keempat, Majlis Keselamatan PBB perlu memikul tanggungjawab sewajarnya untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin kerana isu ini berkaitan dengan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Masyarakat antarabangsa juga perlu bekerjasama untuk mendorong kewujudan kedamaian Israel-Palestin.

Kelima, situasi kemanusiaan di Palestin terutamanya di kawasan Gaza perlu diberi perhatian. China akan menghulurkan dana bantuan kemanusiaan kecemasan sebanyak USD 1.5 juta kepada rakyat Gaza.

Menteri Luar Shukri menghargai lima cadangan tersebut dan berkata pendirian China sama dengan pendirian Mesir. Masyarakat antarabangsa perlu mengalu-alukan suara China dan beliau menantikan peranan penting China dalam penyelesaian konflik Palestin-Israel.



http://malay.cri.cn/601/2014/08/04/122s150877.htm