Pages

Friday, January 31, 2014

Lenovo Ambil Alih Motorola


Kumpulan Lenovo China hari ini mengumumkan akan mengambil alih urus niaga Motorola dari Google dengan nilai USD2.91 bilion. Ketua Bahagian Telefon Bimbit Lenovo, Liu Jun menyatakan, selepas pengambilalihan ini, telefon bimbit Lenovo bakal memasuki pasaran AS.



http://malay.cri.cn/601/2014/01/30/123s146515.htm

Sunday, January 26, 2014

Hak Pendatang Asing di Hong Kong Terjamin


Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chen Yin semalam berkata, Hong Kong yang mempunyai sistem undang-undang yang sempurna, tidak mengizinkan sebarang tindakan jenayah. Beliau berkata demikian ketika menyentuh kes pembantu rumah warga Inodesia yang didera oleh majikan warga Hong Kong.

Pihak polis Hong Kong menerima laporan daripada Erwiana Sulistyaningsih dari Indonesia bahawa beliau diseksa dan dipukul oleh majikannya pada 12 Januari yang lalu.

Erwiana sekarang menerima rawatan di Indonesia.



http://malay.cri.cn/601/2014/01/22/41s146338.htm

Tuesday, January 21, 2014

Pelancong China Sumbang 1/4 Jualan Runcit Lapangan Terbang


Pelancong China membelanjakan USD 400 juta, iaitu menyumbang 1/4 jualan runcit Lapangan Terbang Changi Singapura pada tahun lalu.

Demikian dimaklumkan oleh Korporat Changi Singapura semalam. Perbelanjaan pelancong China di lapangan terbang tersebut meningkat 25%. Manakala, warga domestik menyumbang 1/5, meningkat 11% berbanding tahun 2012.



http://malay.cri.cn/901/2014/01/20/101s146297.htm