Pages

Friday, September 27, 2013

Import dan Eksport China No.1 di Dunia


Situasi perdagangan luar di China terus baik pada suku keempat tahun ini. Kadar peningkatan sepanjang tahun mungkin akan mencatat 8%. Jumlah import dan eksport di China pada tahun ini berkemungkinan besar menduduki tempat teratas di dunia.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang.

Menurutnya, pelaksanaan dasar ekonomi makro sekarang ini terbukti berfungsi mendorong perdagangan luar. Di samping itu, ekonomi di luar negara turut pulih semula. Daya saing perusahaan, khususnya kemampuan menerokai pasaran antarabangsa dapat meningkat ekoran pelaksanaan transfomasi ekonomi. Pada keseluruhanya, ekonomi di China akan mengekalkan trend perkembangan yang baik pada separuh tahun kedua tahun ini.



http://malay.cri.cn/601/2013/09/26/27s143728.htm

Sunday, September 22, 2013

Bakal Jemaah Haji Berlepas dari Lanzhou


Bakal jemaah haji dari provinsi Gansu, China berlepas dari lapangan terbang Lanzhou malam tadi. Jemaah kumpulan pertama terdiri daripada 297 orang.


Jumlah bakal haji di provinsi itu mencatat 2,288 orang dan berkurang kira-kira 600 orang berbanding tahun yang lalu. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Menunaikan Fardu Haji Biro Agama Gansu, Ma Shuyun, memandangkan kawasan di sekitar Kaabah sedang diperluas, bakal jemaah haji dari pelbagai negara berkurang kira-kira 20% atas permintaan kerajaan Arab Saudi.



http://malay.cri.cn/601/2013/09/20/41s143594.htm

Tuesday, September 17, 2013

Kumpulan ke-14 Armada China Lawat Thailand


Kumpulan ke-14 armada China yang menamatkan tugas perlindungan pelayaran di perairan Teluk Aden tiba di Pelabuhan Sattahip, Thailand semalam untuk mengadakan lawatan selama lima hari atas undangan angkatan tentera laut negara itu.

Armada ini terdiri daripada sebuah kapal pembinasa, sebuah kapal frigat dan sebuah kapal logistik.



http://malay.cri.cn/901/2013/09/13/102s143444.htm