Pages

Wednesday, January 30, 2013

Operasi Penghantaran Tahun Baharu China 2013 Dimulakan




Operasi penghantaran untuk perjalanan balik kampung sempena sambutan Tahun Baharu China 2013 dimulakan hari ini. Jumlah penumpang dijangka sekali lagi membaharui rekod sejarah, dengan mencatat 3.407 bilion orang dalam tempoh 40 hari yang akan datang, bertambah 249 juta orang berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.




Terdapat 840 ribu bas dan 13 ribu kapal sudah diatur bersiap sedia untuk perkhidmatan berkenaan. Kementerian Kereta Api pula menambah lagi 900 buah kereta api selain 4,454 buah yang sudah disiapkan setiap hari. Bagi sektor penerbangan awam, seramai 35.5 juta orang dianggarkan akan menjadi pelanggannya sepanjang tempoh tersebut, iaitu 1.74 juta lebih ramai daripada tempoh yang sama tahun lalu.



http://malay.cri.cn/601/2013/01/26/41s137736.htm

Friday, January 25, 2013

Mo Yan Diundang sebagai Profesor BNU


Pemegang Hadiah Nobel Kesusasteraan yang julung kali dari China, Mo Yan diundang sebagai profesor Institut Kesusasteraan Universiti Normal Beijing (BNU). Mo Yan berkata, beliau berharap lebih ramai sasterawan China memperoleh hadiah Nobel pada masa akan datang.


Menurut Mo Yan, hatinya tenang baik ketika diberitahu khabar menang di kampung halamannya, Kaunti Gaomi, Provinsi Shandong, mahupun di Beijing, malahan ketika menerima Hadiah Nobel tersebut di Stockholm.




http://malay.cri.cn/601/2013/01/23/41s137673.htm

Sunday, January 20, 2013

Aibaidula, Pewaris Pembuat Sudu Kayu


Aibaidula, yang berumur 67 tahun merupakan seorang pewaris pembuat sudu kayu etnik Uygur. Beliau mempunyai pengalaman menghasilkan sudu kayu selama lebih 30 tahun.


Kini, teknik membuat sudu kayu disenarikan dalam warisan budaya bukan benda di kaunti Keping, Xinjiang. Kerajaan tempatan memberikan sokongan kepadanya untuk membantu teknik ini terus diwariskan. Menurut Abaidula, beliau akan mengajar lebih ramai orang menguasai teknik membuat sudu kayu


Aibaidula kelihatan menunjukkan sudu kayu yang dibuatnya.



http://malay.cri.cn/381/2013/01/16/27s137492.htm