Pages
Wednesday, September 5, 2012
Kemalangan Bas Penumpang Dahsyat Di Yan'an Disiasat
Seramai 36 orang maut dan 3 lagi cedera akibat pelanggaran bas penumpang dengan kereta tangki muatan metanol yang teruk di lebuh raya Baomao, kaunti Ansai, bandar Yan'an provinsi Shaanxi China
Kumpulan Penyiasat Dewan Negara dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan tiba di tempat kejadian dan mengatur tindakan susulan dengan segera. Pegawai Kumpulan Penyiasat Dewan Negara menyatakan, kemalangan itu perlu disiasat dengan teliti dan mereka yang bertanggungjawab terhadap kemalangan itu perlu diadili di sisi undang-undang.
Iktibar perlu diambil dan sistem berkenaan perlu dilengkapi untuk mengelak kemalangan serupa daripada berulang.
http://malay.cri.cn/601/2012/08/27/61s133823.htm
Thursday, August 30, 2012
Lin Dan Akan Sertai Sukan Olimpik Rio
Jaguh badminton China, Lin Dan semalam berkata, beliau belum memikirkan untuk menarik diri dari gelanggang badminton, sebaliknya bercita-cita untuk bertanding dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.
Lin menolak khabar angin bahawa beliau akan berundur dari sukan badminton sebaliknya hanya hendak berehat seketika.
Beliau berpendapat, Datuk Lee Chong Wei akan terus beraksi di gelanggang sekurang-kurangnya dua tahun.
http://malay.cri.cn/601/2012/08/24/41s133743.htm
Saturday, August 25, 2012
Fotografi Perkahwinan Lin Dan dan Xie Xingfang
Setelah berjaya meraih pingat emas perseorangan lelaki batminton dalam Sukan Olimpik London pada tahun 2012, perkahwinan Lin Dan dengan Xie Xingfang juga dimasukkan dalam agenda.
Penggambaran perkahwinan pasangan tersebut di luar telah didedahkan di internet baru-baru ini.
http://malay.cri.cn/601/2012/08/24/101s133736.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)







