Pages
Saturday, June 30, 2012
Perlumbaan Kereta Super Terhebat di Shanghai
Perlumbaan Kereta Super 2012 diadakan di Litar Antarabangsa F1 Shanghai pada 22 hingga 24 Jun yang lalu. Pelbagai kelab kereta super yang terkenal di China, termasuk Kelab SSCC Shanghai terlibat dalam perlumbaan tersebut.
Aktiviti yang melibatkan 300 buah kereta super itu merupakan perlumbaan kereta super yang terbesar dengan jumlah jenama dan pemandu yang terbanyak di China.
http://malay.cri.cn/601/2012/06/27/41s132054.htm
Monday, June 25, 2012
PM China Mulakan Lawatan ke Argentina
Perdana Menteri China, Wen Jiabao semalam tiba di Buenos Aires untuk memulakan lawatan rasminya ke Argentina. Lawatan perdana menteri China ke Argentina sebelum ini diadakan 27 tahun lalu.
Lawatan Wen kali ini dipercayai akan membantu memperluas persepakatan, memperkukuh rasa saling mempercayai serta kerjasama pragmatik, dan sekali gus melonjakkan hubungan rakan strategik China-Argentina.
http://malay.cri.cn/601/2012/06/24/101s131950.htm
Wen dalam ucapannya di lapangan terbang menyatakan bahawa persahabatan kedua-dua negara amat kukuh. Ini terbukti dengan kekerapan pertukaran lawatan peringkat tinggi, peningkatan persefahaman potilik, pencapaian kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan teknologi serta penyelarasan dalam urusan antarabangsa dan serantau sejak hubungan diplomatik dijalin 40 tahun yang lalu, khususnya selepas perkongsian strategik terjalin pada tahun 2004. China bersedia menggunakan peluang ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik untuk terus mempererat kerjasama yang saling menguntungkan dengan Argentina sehingga memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Lawatan Wen kali ini dipercayai akan membantu memperluas persepakatan, memperkukuh rasa saling mempercayai serta kerjasama pragmatik, dan sekali gus melonjakkan hubungan rakan strategik China-Argentina.
http://malay.cri.cn/601/2012/06/24/101s131950.htm
Wednesday, June 20, 2012
Jumlah Pelancong Guangdong ke Asia Tenggara Meningkat
Jumlah pelancong provinsi Guangdong ke Asia Tenggara pada cuti musim panas tahun ini meningkat kira-kira 30% berbanding dengan tahun lalu. Namun, tiada tempahan pakej pelancongan ke Filipina ekoran isu Pulau Huangyan. Demikian dimaklumkan oleh beberapa agensi pelancongan di provinsi itu semalam.
Harga pakej pelancongan ke Asia Tenggara dikatakan akan kekal atau naik sedikit pada tahun ini.
Dimaklumkan juga bahawa beberapa agensi pelancongan di Guangdong telah membuka semula tempahan pakej pelancongan ke Filipina. Namun, jumlah pelancong tempatan yang memilih ke negara tersebut masih rendah.
http://malay.cri.cn/901/2012/06/18/241s131784.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)




