Pages

Tuesday, February 14, 2017

Lif Menara Shanghai Terpantas Dunia


Perkhidmatan lif Menara Shanghai, China dilaporkan menerima pengiktirafan daripada Guinness World Record baru-baru ini kerana kelajuannya yang luar biasa.

Mail Online melaporkan, lif tersebut dikatakan mampu berge­rak pada kelajuan hingga 69 kilometer sejam dan sampai ke puncak menara setinggi 632 meter itu dalam masa 53 saat.

Pengiktirafan yang diberikan kepada perkhidmatan lif di Menara Shanghai itu juga membuktikan bahawa teknologi lif yang terdapat di Asia kini jauh lebih hebat berbanding tempat lain di dunia.

Data semasa turut menunjukkan, tujuh daripada sembilan perkhid­matan lif terpantas dunia terhadap di Asia, empat daripadanya berada di China.

Sumber dari Utusan Online



http://malay.cri.cn/601/2017/01/07/122s166712.htm

Thursday, February 9, 2017

5.43 juta Orang di Yunnan Atasi Kemiskinan


Taraf hidup penduduk di Yunnan, China meningkat dengan ketara dalam tempoh lima tahun yang lalu. Menurut statistik, 5.43 juta orang penduduk di kawasan desa provinsi itu dibantu mengatasi kemiskinan dalam tempoh empat tahun yang lalu. Pembinaan semula pasca bencana di beberapa kawasan termasuk Ludian dan Jinggu dijalankan dengan berjaya.

Walau bagaimana pun, provinsi Yunnan tetap menghadapi beberapa cabaran dan kesulitan seperti pembangunannya kurang seimbang dan masih wujud jurang perbezaan yang besar sepanjang proses pembangunan. Pihak berkuasa provinsi itu berikrar agar mengekalkan usaha membasmi kemiskinan dan mengambil pelbagai langkah yang tertumpu pada rumah kediaman, pendidikan, kesihatan, kewangan dan prasarana.



http://malay.cri.cn/601/2016/12/20/41s166465.htm

Saturday, February 4, 2017

Lebih 2 Juta Pokok Ditanam di Sansha 2016


Menurut maklumat pihak berkuasa bandar Sansha China, bandar itu sentiasa mengutamakan amalan menghijaukan pulau dan terumbu.

Oleh itu, sebanyak lebih 2 juta pokok telah ditanam pada tahun 2016, dengan 85 peratus daripadanya tumbuh dengan baik.

Amalan menghijaukan pulau dan terumbu adalah masalah yang sentiasa wujud.
Bandar Sansha telah mengundang pakar ke bandar itu untuk membuat tinjauan dan telah memilih lebih 30 spesies pokok yang sesuai untuk ditanam di pulau dan terumbu di sana.

Selain itu, kerajaan Sansha telah memasang mesin penyahmasinan, sistem penyimpanan air hujan dan kemudahan lain untuk mengatasi masalah kekurangan air tawar di bandar itu.



http://malay.cri.cn/601/2017/01/16/26s166820.htm