Pages

Saturday, February 27, 2016

Perlumbaan Motocross China 2015


Perlumbaan Motocross China 2015 diadakan di provinsi Jiangsu pada 26 dan 27 Disember lalu dengan penyertaan hampir seratus pelumba motosikal dari seluruh negara ini.



Perlumbaan motosikal lasak amat mencabar kerana sukan ini bukan sahaja menguji teknik memandu pelumba, tetapi juga strategi dan kekuatan fizikal.






http://malay.cri.cn/601/2015/12/30/21s160459.htm

Monday, February 22, 2016

PKC Bina Parti Bersih dan Amanah


Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat khas pada 28 hingga 29 Disember lalu untuk merumuskan pembinaan parti selepas Kongres Kebangsaan ke-18 PKC dan membincangkan pelbagai langkah untuk membina parti yang bersih dan amanah.


Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat tersebut dan menyampaikan ucaptama.

Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC, kerja-kerja membina parti yang bersih dan amanah telah mencapai kemajuan yang signifikan, di samping sistem dan peraturan berkaitan disempurnakan.



http://malay.cri.cn/601/2015/12/30/124s160456.htm

Wednesday, February 17, 2016

China Lancar Satelit Pemerhati Bumi HD


China berjaya melancarkan satelit pemerhati bumi yang paling canggih, iaitu Gaofen-4 dengan menggunakan roket pembawa Long March-3B di Pusat Pelancaran Satelit Xichang, Sichuan pada pukul 12.04 tengah malam tadi.

Setakat ini, China berjaya melaksanakan 19 misi pelancaran satelit pada tahun ini dan menghantar 45 kapal angkasa lepas ke angkasa lepas.


Gaofen-4 merupakan satelit pemerhati bumi dengan orbit bumi geosegerak (GEO) yang pertama di China dalam format Definisi Tinggi (HD).


Satelit tersebut akan memberikan perkhidmatan data kepada Kementerian Hal Ehwal Awam, Jabatan Gempa Bumi, Jabatan Perhutanan Negara, dan Jabatan Meteorologi bagi mencegah bencana, ramalan cuaca, dan lain-lain.



http://malay.cri.cn/601/2015/12/29/124s160437.htm