Pages

Thursday, October 30, 2014

China Desak Israel Henti Projek Perumahan

China mendesak Israel segara menghentikan projek pembinaan rumah di petempatan Yahudi, dan mengelak tindakan yang memburukkan konflik bagi membuka laluan kepada pemulihan rundingan damai dengan Palestin.

Wakil tetap China ke PBB, Liu Jieyi dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam berkata, China berasa bimbang terhadap konflik antara kedua-dua pihak. Dialog dan rundingan merupakan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

China menyokong tindakan UNSC dan akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memainkan peranan positif dalam proses kedamaian Asia Barat.



http://malay.cri.cn/601/2014/10/30/242s152497.htm

Saturday, October 25, 2014

Li Keqiang Ditemui Ketua Delegasi Ekonomi APEC


Perdana Menteri, Li Keqiang menemui ketua-ketua delegasi yang menyertai Mesyuarat Menteri Kewangan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-21 di Beijing semalam.

Li Keqiang berkata, perkembangan ekonomi China pada tiga suku pertama tahun ini pada tahap yang munasabah di samping menampakkan perubahan yang positif dan mendalam. China giat menggalakkan pembangunan dan kerjasama ekonomi rantau Asia Pasifik, dan bersedia mendorong pertumbuan ekonomi serantau dan sejagat yang kuat, berterusan dan seimbang. Beliau berharap Mesyuarat Menteri Kewangan APEC membincangkan pendekatan transformasi dan pembangunan ekonomi serantau, mendorong kerjasama ekonomi serantau yang pragmatik, supaya menyuntik tenaga dan kedinamikan ke dalam APEC.


Menteri Kewangan Australia, Joe Hockey mewakili 25 entiti ekonomi yang menyertai mesyuarat kali ini berkata bahawa pertumbuhan ekonomi China signifikan bagi Asia Pasifik khasnya dan dunia amnya.



http://malay.cri.cn/601/2014/10/22/124s152326.htm

Monday, October 20, 2014

China dan Singapura Terokai Projek Tunjang Baru



Tahun 2015 merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan Singapura. Perkembangan hubungan bilateral menghadapi peluang yang penting dan ruang yang luas. China bersedia mengekalkan hubungan dengan Singapura yang selaras dengan perkembangan arus zaman, memperhebat kerjasama pragmatik, memperluas kepentingan bersama, menerokai projek tunjang baru, agar merealisasikan menang-menang.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Milan semalam.

Menurut Lee Hsien Loong, pihaknya bersedia melaksanakan projek kerjasama yang telah ditetapkan, memperkasakan kerjasama dengan kawasan tengah dan barat di negara China, mempertingkat kerjasama dalam logistik, pelaburan dan pembangunan hijau, serta menggalakkan kesalinghubungan serantau dan pembangunan lestari.



http://malay.cri.cn/901/2014/10/18/101s152242.htm