Pages

Wednesday, October 15, 2014

Hishammuddin: Hubungan Ketenteraan Malaysia-China Perlu Diperkukuh


Bernama Malaysia melaporkan, hubungan ketenteraan antara Malaysia dan China perlu diperkukuhkan lagi bagi membawa kepada kejayaan lebih baik dalam memerangi semua bentuk kegiatan militan. Demikian dikatakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas menerima kunjungan Anggota Dewan Negara China Yang Jiechi baru-baru ini.

Berhubung lawatan Yang Jiechi dan delegasinya ke Malaysia, Hishammuddin percaya ia satu permulaan baik bagi Malaysia sebelum menjadi pengerusi ASEAN tahun depan. Katanya hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tidak wujud secara automatik, tetapi hasil daripada lawatan dan persefahaman yang dipupuk.

Sementara itu, Yang Jiechi berkata, China dan Malaysia telah menikmati kerjasama erat dalam pelbagai bidang sejak sekian lama, beliau mencadangkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan pelancongan dipertingkatkan. Beliau juga yakin hubungan ekonomi dua hala akan mencapai sasaran perdagangan USD150 bilion menjelang 2017.

Yang Jiechi juga berkata, China mengalu-alukan penyertaan Dato' Seri Najib pada forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan berlangsung di Beijing November ini dan percaya penyertaan beliau akan memainkan peranan penting bagi kejayaan mesyuarat itu.



http://malay.cri.cn/901/2014/10/10/102s152112.htm

Friday, October 10, 2014

Umat Islam Gansu Sambut Hari Korban


Lebih 1.8 juta orang penganut Islam yang berbilang kaum termasuk Hui, Dongxiang, Baoan, Salar dan Kazak di provinsi Gansu, China mulai menyambut Hari Korban yang jatuh pada 5 Oktober.

Pada pagi tadi, lebih 30 ribu orang umat Islam berkumpul di Perkuburan Islam Dashaping yang terletak di pinggir bandar Lanzhou untuk solat berjemaah. Setelah sembahyang, mereka kembali ke rumah masing-masing untuk menyembelih kambing dan lembu serta menziarahi saudara mara dan sahabat.



http://malay.cri.cn/601/2014/10/04/41s152025.htm

Sunday, October 5, 2014

Dewan Negara China Adakan Jamuan Sambutan Hari Kebangsaan


Dewan Negara China mengadakan jamuan sambutan Hari Kebangsaan di Dewan Besar Rakyat di Beijing malam semalam. Pemimpin Parti Komunis China dan kerajaan China termasuk Xi Jinping, Li Keqiang, Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli bersama-sama dengan lebih 3,000 tetamu dari dalam dan luar negara merayakan hari kebesaran itu.


Presiden Xi Jinping dalam ucapannya menegaskan China akan mengekalkan usaha pembangunan sosialisme bercirikan China. Serentak itu, pembinaan Parti Komunis China juga perlu dikekalkan.



http://malay.cri.cn/601/2014/10/01/26s151981.htm