Pages

Saturday, February 15, 2014

Minum Teh Tanda Perdamaian


Zhang Zhijun (kanan) dan Wang Yu-chi

Ketua Pengarah Pejabat Hal-Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhang Zhijun dan Ketua Majlis Hal-Ehwal Tanah Besar China Taiwan, Wang Yu-chi berbincang sambil minum teh di Peace Hotel Shanghai malam semalam.

Kedua-dua pihak memuji pertemuan yang julung kali antara ketua badan yang bertanggungjawab mengendalikan hubungan rentas selat ini sebagai amat bermakna untuk menggalakkan perkembangan menyeluruh hubungan rentas selat. Mereka berharap dapat bertemu semula di Taiwan tidak lama lagi.



http://malay.cri.cn/601/2014/02/14/241s146822.htm

Monday, February 10, 2014

231 Juta Pelancong Lawat China Sempena Tahun Baharu Cina


231 juta orang pelancong melawat China dalam tempoh cuti Tahun Baharu Cina tahun ini, meningkat 14% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Jumlah pendapatan sektor pelancongan mencecah kira-kira RMB126.4 bilion, meningkat 16.4% berbanding tahun lepas.





http://malay.cri.cn/601/2014/02/10/21s146705.htm

Wednesday, February 5, 2014

100 Juta Penumpang Guna Kereta Api Sempena TBC


Menurut statistik jabatan kereta api China, seramai 102.3 juta orang penumpang menggunakan kereta api sejak musim pengangkutan puncak sempena sambutan Tahun Baharu Cina dalam 17 hari lalu. Angka tersebut meningkat kira-kira 13 juta berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.



http://malay.cri.cn/601/2014/02/04/261s146563.htm