Pages

Monday, July 29, 2013

Xi Jinping Temui Angkasawan Shenzhou Ke-10


Presiden China, Xi Jinping menemui angkasawan dan pekerja yang terlibat dalam penerbangan kapal angkasa lepas Shenzhou ke-10 pagi semalam. Menurutnya, kejayaan dalam bidang penerbangan membawa angkasawan memperlihatkan semangat dan kekuatan China serta keazaman dan keyakinan rakyat untuk merealisasikan "Impian China".

Penerbangan kapal angkasa lepas pembawa angkasawan Shenzhou ke-10 yang sudah dijayakan ini menandakan tamatnya fasa pertama dalam tugas peringkat kedua Projek Penerbangan Angakasa Lepas Membawa Angkasawan. Beliau yakin China akan mencapai kecemerlangan yang lebih besar dalam bidang tersebut pada masa akan datang.



http://malay.cri.cn/601/2013/07/27/41s142103.htm

Wednesday, July 24, 2013

China Dilanda Bencana Banjir Serius




Hujan lebat di China baru-baru ini mengakibatkan bacaan paras air sesetengah sungai mencatatkan tahap bahaya dan beberapa bandar dilanda banjir, banjir batu dan lumpur serta tanah runtuh. Bencana alam ini menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda serius.




Berdasarkan statistik Jabatan Kawalan Banjir dan Kemarau Negara China, dalam tempoh musim banjir tahun ini, terdapat 30 buah provinsi, wilayah autonomi dan bandar mengalami banjir yang melibatkan 47.7 juta orang mangsa. Antaranya 337 terkorban, manakala 213 hilang. 150 ribu buah rumah roboh.





http://malay.cri.cn/601/2013/07/22/125s141981.htm

Friday, July 19, 2013

Persidangan Perdagangan Islam China Ke-6 Bakal Diadakan di Ningxia


Menurut sidang akhbar Persidangan Perdagangan Islam China Ke-6 yang diadakan hari ini, persidangan itu akan diadakan pada 13 hingga 17 September di bandar Wuzhong, Ningxia, China.

Semasa berlangsung persidangan itu, Sidang Tahunan Perdagangan Islam China, Minggu Kebudayaan dan Cita Rasa Islam Antarabangsa, Forum Perkembangan Industri Halal, Majlis Penyampaian Hadiah Syarikat Barang-barang Penggunaan Islam China dan aktiviti lain juga akan diadakan.

Sejak tahun 2008, Persidangan Perdagangan Islam China berjaya diadakan sebanyak lima kali. Seramai 300 orang tetamu dari negara lain dan lebih 6000 wakil dalam negara menyertai persidangan yang amat berpengaruh bagi negara-negara Islam itu



http://malay.cri.cn/601/2013/07/15/124s141856.htm