Pages

Sunday, July 14, 2013

Nahas Asiana 138 Penumpang China Disahkan Selamat


pesawat Boeing 777 Asiana Airlines terhempas di San Francisco

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing hari ini, telah memaklumkan keadaan terkini tentang nahas pesawat Boeing 777 Asiana Airlines di San Francisco.


Menurutnya, antara 141 orang penumpang warga China dalam pesawat tersebut, dua orang maut dan 138 orang daripadanya disahkan selamat.


penumpang berkenaan menerima wawancara media selepas nahas udara.

Hua berkata, mulai 9 Julai lepas, Konsulat Besar China ke San Francisco telah menghantar ahli profesional untuk menyediakan kaunseling psikologi kepada pelajar China berkenaan.



http://malay.cri.cn/601/2013/07/10/241s141718.htm

Tuesday, July 9, 2013

Latihan Tentera China-Rusia Bermula


Latihan tentera "Laut Bersama 2013" China-Rusia telah memulakan latihan pertempurannya.


Armada China dan Rusia masing-masing berlepas dari pelabuhan dan berkumpul di perairan yang disasarkan pada pukul 3.00 hingga 7.00 petang semalam. Komander armada China, Yang Junfei berkata, anggota tentera dapat mengikuti ujian dari segi teknikal dan taktikal di bawah keadaan yang bermacam-macam sepanjang pelaksanaan latihan pertempuran ini. Pencapaiannya adalah seperti yang dijangka.


Latihan pertempuran, komponen utama dalam Latihan Tentera "Laut Bersama 2013" China-Rusia, akan berlangsung tiga hari. Pada 9 Julai, enam subjek akan menjadi fokus dalam latihan tersebut, termasuk pertahanan udara bersama dan menembak sasaran di laut dan udara. Seterusnya pada 10 Julai nanti, latihan utama termasuk tindakan bersama dalam mencari dan menyelemat, dan penggunaan senjata di laut.





http://malay.cri.cn/601/2013/07/09/241s141682.htm

Thursday, July 4, 2013

PM Li Gesa Pelihara Kedamaian Sempadan China-India


China dan India perlu bersama-sama memelihara kedamaian dan ketenteraman di kawasan sempadan bagi mengelakkan hubungan antara kedua-dua negara terjejas akibat masalah tersebut.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika menemui Penasihat Keselamatan Negara India, Shivshankar Menon yang menghadiri rundingan ke-16 antara wakil khas bagi isu sempadan China-India, di Beijing semalam.


Menurutnya, sebagai rakan strategik dan sahabat, China dan India perlu melihat dan menangani isu sempadan dari perspektif strategik, meningkatkan komunikasi dan mengurangkan percanggahan pendapat.

Beliau berharap wakil khas kedua-dua negara bekerjasama dengan rapat untuk mempercepat rundingan berkenaan.

Menon pula berkata, pihaknya bersedia meneruskan komunikasi strategik dengan China dan menangani isu sempadan dengan sewajarnya melalui permuafakatan.



http://malay.cri.cn/601/2013/06/29/41s141490.htm