Pages

Monday, March 11, 2013

Rondaan Helikopter di Laut China Selatan


Helikopter maritim China menjalankan rondaan untuk memantau keadaan di kawasan perairan Pulau Dongmen, Laut China Selatan pada petang semalam. Ini merupakan kali pertama helikopter China menjalankan rondaan berkenaan di perairan tersebut.


Pegawai Jabatan Maritim Provinsi Guangdong berkata, armada yang terdiri daripada tiga buah kapal peronda dan sebuah helikopter telah berlepas dari Pelabuhan Sanya, provinsi Hainan pada 28 Februari yang lalu untuk menjalankan rondaan di Laut China Selatan. Pada masa ini, armada itu telah belayar lebih 800 batu nautika.





http://malay.cri.cn/601/2013/03/05/41s138676.htm

Wednesday, March 6, 2013

Sidang Tahunan CPPCC di Beijing


Sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dirasmikan di Beijing petang tadi. Ini merupakan sidang tahunan pertama bagi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-12 dalam tempoh lima tahun akan datang. Pemimpin China termasuk Hu Jintao dan Xi Jinping telah menghadiri majlis perasmian sidang itu.


Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-11 Jia Qinglin mewakili Jawatankuasa Tetap CPPCC ke-11 membentangkan laporan kerja dalam tempoh lima tahun lalu serta mengeluarkan cadangan kepada kerja CPPCC dalam penggal baharu.


Seramai lebih 2,200 ahli CPPCC ke-12 menghadiri sidang itu dan memulakan tugas mereka.




http://malay.cri.cn/601/2013/03/03/26s138604.htm

Friday, March 1, 2013

Ahli Keluarga Mangsa Belon Udara Panas Hong Kong Tiba di Kaherah


Mayat sembilan mangsa warga China dari Hong Kong yang terlibat dalam nahas belon udara panas di Luxor telah dibawa ke Kaherah, ibu negara Mesir. Ahli keluarga mangsa tersebut dijangka tiba di sana petang ini untuk mengendalikan semua urusan selepas kemalangan dan membawa balik mayat mangsa.


Kerajaan pusat China dan kerajaan Hong Kong masing-masing menghantar pegawai ke Mesir untuk membantu Mesir menguruskan hal yang berkaitan.



http://malay.cri.cn/601/2013/02/27/26s138522.htm