Pages

Tuesday, January 15, 2013

Beijing Diselubungi Kabus Tebal


Kabus tebal menyelubungi bahagian timur dan tengah China dengan paras pencemaran di Beijing serta provinsi Hebei dan Shandong mencapai tahap berbahaya buat hari kedua berturut-turut.


Menurut maklumat Pusat Pengawasan Alam Sekitar China, indeks PM2.5 di kawasan tersebut turut menghampiri paras tertinggi.


Kawalan lalu lintas sementara diadakan di Beijing, Tianjin, provinsi Hebei, Henan dan Jiangxi bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya. Sementara itu, pelan kecemasan bagi menghadapi pencemaran udara yang teruk juga telah dikuatkuasakan di Beijing.



http://malay.cri.cn/601/2013/01/13/122s137427.htm

Thursday, January 10, 2013

Setem Tahun Ular


Tahun 2013 merupakan "tahun ular" mengikut kalender tradisional China. Pengedaran setem tahun ular akan dilancarkan oleh Pos China di seluruh negara pada 5 Januari.





http://malay.cri.cn/601/2013/01/04/261s137253.htm

Saturday, January 5, 2013

Wen Jiabao Tinjau Program Pembinaan Semula di Qinghai


Perdana Menteri China Wen Jiabao membuat tinjauan terhadap program pembinaan semula di Yushu, provinsi Qinghai yang dilangda bencana gempa bumi pada tahun 2010 dan mengucapkan selamat tahun baharu kepada penduduk tempatan.


Dalam tinjauan tersebut, Wen berkata, pembinaan semula di kawasan itu akan selesai. Beliau turut menggesa pihak-pihak yang berkaitan menyelesaikan kerja dengan sikap yang bertanggungjawab.


Wen Jiabao menari bersama-sama murid etnik Tibet di Sekolah Rendah Hongqi.



http://malay.cri.cn/601/2013/01/01/242s137180.htm