Pages

Saturday, September 15, 2012

Presiden China, Hu Jintao mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton di Beijing



Presiden China, Hu Jintao mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton di Beijing pagi tadi. Ini merupakan lawatan kedua Clinton ke China tahun ini.

Hu Jintao berkata, Clinton melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan pembangunan Balai AS di Ekspo Dunia di Shanghai, China dan mendorong pelaksanaan rancangan pelajar warga AS melanjutkan pelajaran ke China. China memuji usaha Clinton tersebut yang mencerminkan beliau menumpukan perhatian penuh terhadap perkembangan hubungan antara China dengan AS.

Clinton berkata, melalui kepimpinan Presiden, Barack Obama, AS dan China merapatkan kerjasama pragmatik dalam banyak aspek sekali gus mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara.




http://malay.cri.cn/601/2012/09/05/61s134022.htm

Monday, September 10, 2012

Hu Jintao Berunding Dengan Mohamed Mursi


Presiden China, Hu Jintao telah mengadakan rundingan dengan Presiden Mesir, Mohamed Mursi di Dewan Besar Rakyat Beijing petang semalam.


Hu Jintao berkata, lawatan Presiden Mohamed Morsy pasti akan merapatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam banyak aspek. Menurut Presiden Hu, China bersedia bertukar-tukar pendapat dengan Presiden Mohamed Morsy tentang usaha meningkatkan hubungan dua hala dan isu antarabangsa dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama



Selepas rundingan itu, pemimpin kedua-dua negara menghadiri upacara penandatanganan dokumen kerjasama yang berkenaan.



http://malay.cri.cn/601/2012/08/29/61s133854.htm

Wednesday, September 5, 2012

Kemalangan Bas Penumpang Dahsyat Di Yan'an Disiasat


Seramai 36 orang maut dan 3 lagi cedera akibat pelanggaran bas penumpang dengan kereta tangki muatan metanol yang teruk di lebuh raya Baomao, kaunti Ansai, bandar Yan'an provinsi Shaanxi China 


Kumpulan Penyiasat Dewan Negara dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan tiba di tempat kejadian dan mengatur tindakan susulan dengan segera. Pegawai Kumpulan Penyiasat Dewan Negara menyatakan, kemalangan itu perlu disiasat dengan teliti dan mereka yang bertanggungjawab terhadap kemalangan itu perlu diadili di sisi undang-undang.


 Iktibar perlu diambil dan sistem berkenaan perlu dilengkapi untuk mengelak kemalangan serupa daripada berulang.



http://malay.cri.cn/601/2012/08/27/61s133823.htm