Pages

Friday, December 10, 2010

Cheng Ho tokoh pelayar ISLAM unggul


LAKSAMANA Cheng Ho berjaya menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Barat dari benua Asia hingga ke Afrika. Dalam ekspedisi itu, beliau berlabuh di 30 negara.

Kejayaan tokoh Islam ini membuktikan negara China mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknologi pembinaan kapal dan pelayaran.

Pelayar kurun ke-15 Dinasti Ming ini dijadikan sida-sida putera Zhu Di pada umur 13 tahun. Beliau adalah sida-sida pertama memegang jawatan laksamana di China.

Cheng Ho turut melakar sejarah peradaban China apabila menjadi pegawai tertinggi tentera pertama beragama Islam.

Sejarah mencatatkan, beliau adalah pemimpin unggul mengetuai armada lebih 100 kapal bersama 27,000 orang ke lautan Barat mendahului Vasco da Gama dan Christopher Colombus menemui laluan ke Laut Timur.Kisah Cheng Ho adalah perjuangan mencari kesempurnaan hidup menerusi Islam. Perjuangan menyempurnakan kecacatan hidupnya yang dikasi dan terpaksa menghambakan diri kepada maharaja.

Beliau tidak berpeluang mengembangkan zuriatnya. Namun Cheng Ho, tidak berputus asa dengan suratan hidupnya kerana berpegang kuat kepada ajaran Islam.

Cita-citanya tinggi untuk menunaikan ibadah haji sebagai penyempurnaan kehidupan beragamanya. Bagi mencapai matlamat itu, beliau perlu membuktikan kesetiaannya kepada Maharaja.

Cheng Ho adalah contoh Muslim sejati dan lambang keamanan sejagat.

Sejarah hidup laksamana ini ditelusuri oleh Pengarah Urusan Bahasa Melayu di Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing (BFSU), China, Prof Wu Zong Yu.

Katanya, mengikut rekod pelayaran, ekspedisi Cheng Ho membadai samudera lebih awal daripada pelayar terkenal Eropah.

Beliau mendahului Columbus selama 87 tahun, Vasco da Gama (93 tahun) dan Maggellan (116 tahun).

Laksamana Cheng Ho dan armadanya boleh sampai ke Afrika kerana kekuatan tentera China pada masa itu.

“Namun, pada saya, orang yang bijak pada masa itu ialah Maharaja Dinasti Ming, Ming Zheng Zhu.“

Dia mengamalkan dasar luar, damai dan persahabatan. Dia bertitah tenteramkan dalam negeri sendiri dan amankan jiran sekeliling kerana semuanya sama darjat dan bersama-sama menikmati kedamaian.

“Ini adalah dasar maharaja pada masa itu,”

katanya.Wu berkata, maharaja itu juga bijak memilih laksamana yang bakal memikul amanahnya kerana misi Cheng Ho berbeza dengan matlamat pelayar Eropah.

Contohnya, pelayaran Columbus ke Amerika untuk mencari emas, tanah jajahan, membunuh ramai Red Indian dan menjual hamba ke Sepanyol.

Maggellan pula mengelilingi dunia dengan menganggap dirinya sebagai penjajah. Akhirnya, dia mati dalam peperangan dan sewaktu pulang hanya tinggal satu kapal dengan 18 orang.

Keadaan itu sangat berbeza dengan Cheng Ho. Armadanya paling kuat di dunia, tetapi tidak pernah menjajah satu negara pun.

Jelasnya, Laksamana Cheng Ho memartabatkan maruah China di pentas dunia.

Dalam tujuh ekspedisinya, tiga dilakukan pada musim sejuk iaitu pada ekspedisi kedua, keempat dan kelima. Namun, dalam cuaca sebegini buruk, tidak melenturkan semangatnya untuk melakukan pelayaran. Semangatnya kental seteguh Tembok Besar China.

Kehebatan laksamana ini tidak pada semangat saja, malah diserlahkan dengan armadanya. Beliau belayar bersama lebih 200 kapal berbeza dengan pelayar Eropah seperti Columbus yang hanya membawa tiga kapal, Vasco da Gama (empat) dan Maggellan (lima).

Armada Cheng Ho umpama sebuah pulau yang bergerak di tengah samudera sementara anak kapalnya berjumlah 27,000 hingga 28,000 orang.

Tiada rekod mencatatkan beliau menghadapi masalah menguruskan sejumlah besar pengikutnya. Mereka walaupun ada menganuti ajaran Buddha, Tao dan pemuja Dewi Sakti serta beragama Islam, tidak menghalang beliau memberi arahan kepada anak buahnya supaya dipatuhi.

Friday, November 26, 2010

ISLAM DI CHINA

Islam mempunyai pusaka yang kaya di China. Agama itu telah wujud di China itu sejak Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad, Sa`ad ibn Abi Waqqas, telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu menyamakan antara antara agama Islam dengan ajaran Confucius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China.

Sebuah ciri terkenal masyarakat-masyarakat Muslim di China adalah kemunculan imam wanita bagi makmun wanita. Suatu bentuk kaligrafi Islam, Sini, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Noor Deen Mi Guangjiang adalah seorang penulis khat terkenal menurut tradisi ini.

Sejarah

Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah, pada 651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abī Waqqās, bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini.

Makanan halal di China

Oleh sebab bilangan penduduk Muslim di China barat besar, banyak restoran Cina menghidang kepada umat Islam atau menghidang kepada orang awam tetapi dijalankan oleh umat Islam. Di kebanyakan bandar raya utama di China, terdapat restoran kecil Islam atau gerai makanan yang biasanya dijalankan oleh pendatang dari China Barat (contohnya, Orang Uyghur), yang mejual sup mi yang murah. Daging kambing biri dan kambing lebih biasa didapati di sana, berbanding dengan restoran Cina yang lain, disebabkan oleh kelaziman daging ini dalam makanan China barat.

Gaya Tulisan

Sini adalah bentuk gaya tulisan Islam Cina untuk skrip Arab. Ia dapat dirujukkan pada apa-apa sahaja jenis gaya tulisan Cina Islam, tetapi secara umum digunakan untuk merujukkan pada satu kesan yang tebal dan tapered, seperti Karya tulisan Cina. Ia digunakan secara besar di masjid-masjid di China timur, dan dengan secara lebih kurangnya di Gansu, Ningxia, dan Shaanxi. Seorang gaya penulis Sini terkenal adalah Hajji Noor Deen Mi Guangjiang.

Istilah Cina untuk istitusi Islam

Qīngzhēn (清真) adalah istilah bahasa Cina untuk sesetengah institusi Islam. ISecara harfiah ia bermakna "kesucian benar."
Dalam bahawa Cina, halal adalah digelar qīngzhēn cài (清真菜) atau "makanan suci yang benar." Sebuah masjid adalah dipanggil qīngzhēn sì (清真寺) atau "kuil suci yang benar."

Friday, November 12, 2010

10 Buah Bandar Kecil yang Mempesonakan di China


Lijiang yang terletak di Yunnan, selatan China



Pingyao yang dikenali sebagai tempat yang sesuai untuk penggambaran program TV bertemakan sejarah.



Yan'an, dikenali sebagai tempat suci yang abadi yang berkait dengan revolusi Komunis.



Xichang, tempat satelit dipancarkan



Fenghuang, bandar kecil mempunyai sejarah yang lama



Turpan, bandar isitimewa di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang yang mempunyai pemandangan alam sekitar yang menakjubkan



Pingxiang, bandar sempadan China yang paling dekat dengan Vietnam



Zedang, tempat asal orang etnik Tibet



Maduo, punca Sungai Kuning


Xingcheng, bandar kecil berdekatan dengan pantai dan jauh dari pembangunan dan industri