Pages
Friday, January 31, 2014
Lenovo Ambil Alih Motorola
Kumpulan Lenovo China hari ini mengumumkan akan mengambil alih urus niaga Motorola dari Google dengan nilai USD2.91 bilion. Ketua Bahagian Telefon Bimbit Lenovo, Liu Jun menyatakan, selepas pengambilalihan ini, telefon bimbit Lenovo bakal memasuki pasaran AS.
http://malay.cri.cn/601/2014/01/30/123s146515.htm
Sunday, January 26, 2014
Hak Pendatang Asing di Hong Kong Terjamin
Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chen Yin semalam berkata, Hong Kong yang mempunyai sistem undang-undang yang sempurna, tidak mengizinkan sebarang tindakan jenayah. Beliau berkata demikian ketika menyentuh kes pembantu rumah warga Inodesia yang didera oleh majikan warga Hong Kong.
Pihak polis Hong Kong menerima laporan daripada Erwiana Sulistyaningsih dari Indonesia bahawa beliau diseksa dan dipukul oleh majikannya pada 12 Januari yang lalu.
Erwiana sekarang menerima rawatan di Indonesia.
http://malay.cri.cn/601/2014/01/22/41s146338.htm
Tuesday, January 21, 2014
Pelancong China Sumbang 1/4 Jualan Runcit Lapangan Terbang
Pelancong China membelanjakan USD 400 juta, iaitu menyumbang 1/4 jualan runcit Lapangan Terbang Changi Singapura pada tahun lalu.
Demikian dimaklumkan oleh Korporat Changi Singapura semalam. Perbelanjaan pelancong China di lapangan terbang tersebut meningkat 25%. Manakala, warga domestik menyumbang 1/5, meningkat 11% berbanding tahun 2012.
http://malay.cri.cn/901/2014/01/20/101s146297.htm
Thursday, January 16, 2014
Forum Kewangan Asia ke-7 di Hong Kong
Forum Kewangan Asia ke-7 dirasmikan di Hong Kong hari ini. Seramai lebih 2,400 peserta dari pelbagai negara termasuk pegawai kewangan, tokoh-tokoh sektor kewangan, usahawan dan sarjana akan bersama-sama menganalisis situasi terkini pasaran pelbagai tempat, terutamanya peranan Asia dalam usaha pemulihan ekonomi global dan peluang pembangunan Asia. Forum yang bertemakan "Asia: menerajui pertumbuhan dunia" akan ditutup esok.
http://malay.cri.cn/601/2014/01/13/26s146148.htm
Saturday, January 11, 2014
Kapal Pengiring China Tiba di Cyprus
Kapal pengiring peluru berpandu tentera laut China, Yancheng tiba di pelabuhan Limassol, selatan Cyprus untuk bekerjasama dengan kapal pengiring dari Rusia dan negara lain, menjalankan misi menjaga kapal Eropah utara yang mengangkut senjata kimia Syria.
Menteri Pertahanan Cyprus, Photis Photiou mengalu-alukan kedatangan kapal China dan berharap agar lebih banyak kapal perang China melawat negaranya.
Kapal-kapal dari Norway dan Denmark berlepas dari Cyprus ke Syria pada 3 Januari lalu dan akan mengangkut senjata kimia Syria yang akan dimusnahkan berdasarkan resolusi PBB terbabit.
Sunday, January 5, 2014
Pupuk Sikap Berjimat dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Sekolah Rendah Lvyi di bandar Hefei, provinsi Anhui China menganjurkan "Pesta Taobao" pada 29 Disember lalu. Dalam pesta itu, murid-murid sekolah tersebut bertukar barang permainan dan alat tulis antara satu sama lain atau menjualnya dengan harga yang murah.
Aktiviti itu bertujuan memupuk sikap berjimat dan kesedaran mencintai alam dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
Subscribe to:
Posts (Atom)