Pages
Tuesday, March 27, 2012
Perayaan Hari Noruz
Persembahan Muqam Daolang 2012 diadakan di padang budaya kaunti Maigaiti, Xinjiang sempena Hari Noruz. Hari Noruz merupakan perayaan tradisional etnik Uygur, Kazak, Uzbek, Tatar, Tajik dan Kirgiz yang menganut agama Islam di Xinjiang. Seramai 600 artis dari 10 desa di sekeliling kaunti menyertai pertandingan Muqam Daolang, salah satu warisan budaya bukan benda peringkat kebangsaan "Seni Muqam Uygur China" yang disenaraikan dalam warisan budaya bukan benda peringkat dunia.
Persembahan selama tiga hari ini terdiri daripada pertandingan nyanyian Daolang, tarian Daolang, pameran lukisan petani Daolang, pameran alat muzik Daolang, dan pameran pakaian Daolang tempatan.
Hampir seribu penonton turut menyaksikan 26 artis tempatan terpilih sebagai pewaris warisan budaya bukan benda kaunti Maigaiti.
Sejak tahun lalu, kaunti Maigaiti memilih dua dan tiga orang pewaris setiap tahun. Pewaris peringkat kebangsaan, wilayah, daerah dan kaunti selain menikmati gaji turut diberikan elaun sebanyak seribu hingga empat ribu setahun oleh kaunti itu.
Aimaier Wusman, 70 tahun, salah seorang pewaris Muqam Daolang selepas selesai mengadakan persembahannya menunjukkan sekeping gambar kepada wartawan, "Gambar ini diambil pada tahun 1964. Orang yang berdiri di belakang mendiang Pengerusi Mao Zedong itu ialah saya. Ketika itu saya baru berumur 22 tahun." Menurutnya, pewarisan budaya Daolang bergantung kepada golongan muda. Beliau kini mempunyai 200 pelajar.
http://malay.cri.cn/381/2012/03/27/27s129374.htm
Thursday, March 22, 2012
Taman Gunung Berapi yang Paling Indah di China
1. Taman Negara Kumpulan Gunung Berapi Tengchong
Oleh sebab Taman Negara Kumpulan Gunung Berapi Tengchong terletak di tepi plat Eurasia, maka kerak bergerak aktif, dan gempa bumi kerap berlaku di kawasan tersebut. Semasa gempa bumi yang dahsyat berlaku, tanah runtuh dan magma mengalir ke permukaan bumi. Selepas gempa bumi berhenti, magma menyejuk dan menjadi beberapa gunung berapi yang bentuknya unik. Menurut penyelidikan sains, kumpulan gunung berapi Tengchong merupakan gunung berapi yang tipikal, dan salah satu kumpulan gunung berapi yang paling muda di seluruh dunia. Ia digelar "Muzium Geografi Gunung Berapi" semula jadi.
2. Taman Gunung Berapi Wudalianchi – Buku Teks Gunung Berapi
Wudalianchi merupakan warisan aktiviti gunung berapi "Kuarternari" yang bernilai kepada manusia. Taman ini merupakan destinasi pelancongan antarabangsa yang komprehensif termasuk pelancongan ekologi, penjagaan kesihatan dan penyelidikan sains. Taman ini bukan sahaja amat bermakna bagi manusia dalam bidang sains biologi dan perkembangan geografi, tetapi juga mempunyai nilai hiasan dan praktikal yang istimewa.
Wudalianchi terdiri daripada lima tasik empangan yang bergabung dan digelar "mata air" dan "air suci" di seluruh dunia. Ia mempunyai sejarah perubatan yang berusia lebih seribu tahun dan juga berfaedah bagi kesihatan manusia.
http://malay.cri.cn/621/2012/03/01/123s128685_2.htm
Saturday, March 17, 2012
China Perhebat Usaha Banteras Pengeluaran Produk Tiruan
Kerajaan China akan terus memperhebatkan usaha membanteras pengeluaran produk berjenama tiruan,produk berkualiti rendah dan kegiatan yang melanggar hak harta intelek.
Naib Perdana Menteri China, Wang Qishan berkata, mekanisme yang meliputi tindakan jangka panjang perlu dibentuk bagi membanteras segala kegiatan yang melanggar harta intelek. Ini termasuk mengeluar dan mengedar produk tiruan.
Wang Qishan turut mendesak semua agensi kerajaan menggunakan perisian komputer yang asli, di samping menyempurnakan sistem kawalan yang berkesan.
Di samping itu, beliau mahu media tempatan lebih proaktif membuat liputan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perlindungan harta intelek dan membongkar kegiatan haram.
http://malay.cri.cn/601/2012/03/16/21s129113.htm
Monday, March 12, 2012
Wednesday, March 7, 2012
Sidang Tahunan NPC Dirasmikan di Beijing
Sidang tahunan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 dirasmikan di Beijing hari ini. Pemimpin negara, Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqiang dan Zhou Yongkang menghadiri sidang tersebut.
Ia dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wu Bangguo. Agenda dimulakan dengan pembentangan laporan kerja kerajaan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao kepada 3,000 perwakilan NPC. Laporan tersebut membentangkan prestasi pencapaian pada tahun 2011 dan menggariskan tumpuan tindakan bagi tahun ini.
Dalam tempoh 9 hari, para perwakilan NPC akan membahaskan laporan kerajaan dan laporan yang lain.
http://malay.cri.cn/601/2012/03/05/101s128751.htm
Friday, March 2, 2012
Muzium Negara China Dibuka
Muzium Negara China dengan bangunan tambahan baharu telah dibuka dengan rasminya kepada umum. Sebelum ini, ia beroperasi secara percubaan selama setahun.
Muzium seluas hampir 200 ribu meter persegi itu mempunyai lebih 1.2 juta koleksi dan 48 dewan pameran. Ia merupakan muzium terbesar di dunia pada masa ini.
Dilaporkan, muzium itu telah berjaya mengadakan lebih 50 pameran dan dikunjungi lebih 4.1 juta pengunjung tempatan dan asing.
Pihak pengurusan muzium itu berkata, usaha akan dibuat bagi menjadikan muzium tersebut wadah interaksi kebudayaan dan akademik yang berpengaruh di dunia pada masa depan.
http://malay.cri.cn/601/2012/03/02/241s128710.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)